Thursday, April 11, 2013

ummi...ummi...ummi...

BHGN 1
hmmm...akhirnya habis masa pantang aku...smua org cakap msti aku happy 'bebas' dr tempoh pantang ni..yup of course la aku happy sgt..tapi sbnrnya aku takut..takut bila habis pantang ni so mula lah alam baru aku sbg perempuan yg bergelar 'mak' yg bekerja...normal lah..smua org perempuan skrg dia org bekerja n ada anak..bukan sorg tapi ada yg ramai anak tapi mampu jer bekerja n dlm masa yg sama menguruskan anak dia org...aku sendiri tak tahu aku mampu atau tak jadi macam dia org..nak mengharung jalan jam dr Sg.Buloh ke Pj utk dtg kerja sambil bawak hana..huhu..Ya allah kuatkan hati ku n tabah kan lah diri aku utk buat ni semua...mgkn mula mula ni aku lebih takut..tapi bila dah lama insyaAllah aku dah biasa...

BHGN 2
Bila dah habis  pantang ni maksudnya aku pn kenalah 'berpisah' dgn mak....dah tak duduk dgn mak lagi..mak dah tak tgk lagi aku..dah tak jaga aku lagi..rutin aku mesti dah berubah..smua nya kena urus sendiri.. aku sebenarnya nak bercerita BESARNYA pengorbanan seorg mak...semua aku rasa bila aku sendiri dah bergelar mak ni...terasa sgt lg syg kat mak..huhuhu...bayangkan dalam tempoh aku berpantang ni..semua mak yg uruskan..mula dari aku celik mata..mak dah bakarkan aku tungku..mak dah masakkan air daun akar kayu utk aku mandi..kemudian mak angkt air tu bwk masuk bilik air n make sure airnya cukup panas utk aku mandi..pastu mak buatkan aku air utk minum pg..mak sibuk masak kan lauk aku yg mmg berbeza ngan lauk yg lain..ya lah dlm pantang makanan semua kena jaga..tu tak cerita lg mak mandikan hana lg..petang mak bakar lg tungku utk aku n pastikan aku minum ptg..smua mak jaga aku..SEMUA yg mak buat utk aku ni DALAM MASA YG SAMA mak kena buat benda lain..mak kena masak utk yg lain..kena kemas umah..kena sidai kain baju..basuh pinggan mangkuk..bila Aqil n Zahira dtg mak kena jaga dia org jugak..KESIAN aku tgk mak..smua mak buat..kdg2x rasa tak nak hantar hana kat mak..sbb sian kat mak..mak kena jaga hana nanti..aku sendiri pn dah check kat internet cari tempat yg baik yg boleh dipercayai  utk hantar hana bila aku dah mula kerja ni..tapi bila pikirkan kesian gak hana yg umur 2 bulan dah kena jaga ngan org yg aku tak kenal..so alternatif lain aku pikir aku nak cari org kat area sg.buloh yg boleh teman aku n hana dlm kereta dr sg.buloh ke pj.dlm kreta at least ada org bleh pegang hana n bila smpai Pj dia boleh tlg mak kemas umah n jaga hana gak..jaga hana tp at least mak ada nk tgk kan sekali...

BGHN 3
Nak cerita  lagi besarnya kasih seorg mak ni..ada dalam 1 minggu tu hana menangis malam..tgh malam hana akan terjaga n berjaga 4 jam..hana akan menangis kuat smpi kejat..smpai tak keluar suara dah..mmg aku takut..takut tgk hana macam tu..ada masa geram sbb rasa serabut otak..tapi aku kena kuat..tak boleh biarkan rasa tu kuasai diri nnti aku takut angin meroyan..so kuatkan diri ni..bila hana nangis kuatkan hati tp ALHAMDULILLAH mak selalu ada dgn aku..mak yg dah tido tgh mlm akan berjaga jugak..mak yg dtg tidokan hana..mak yg akan pujuk hana n suruh aku tido..mak tak nak aku risau..mak yg akan jaga n tidokan hana...Ya Allah...bayang kan masa aku kecik mak berjaga mlm utk pastikan aku tido..skrg bila aku sendiri dah ada anak mak sekali lagi berjaga utk pastikan aku cukup tido utk aku jaga anak aku..mak tak pernah berhenti menjaga anak nya...BESARNYA kasih syg mak tu..


ITU ANTARA SEBAB KENAPA KITA PERLU MENYAYANGI IBU KITA LEBIH DR YG LAIN...
Maksudnya: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”Baginda menjawab: “Ayah kamu”.  — Hadis sahih Riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim ; lafaz Bukhari hadis no 5971]

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA
 

Adalah dikisahkan… pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia.
* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa… Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.


cerita kat atas ni  buat aku sebak n bg aku motivasi gak...
tapi ada gak artikel lain yg aku suka baca yg menunjukkan kekuatan seorg perempuan n ni buat aku terbayangka mak..huhuhu...


WANITA

Ketika Allah menciptakan wanita,
Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti dibersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh digerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...
Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...
Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...
Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya.

Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...
Mampu tertawa saat hatinya menangis...
Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...
Dia boleh melawan ketidakadilan...
Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...
Hatinya terluka saat melihat kesedihan...
Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...
"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal...Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"
 
 


Monday, February 4, 2013

happy born day :D

Allahuakbar!!!tak larat nya rasanya....hari jumaat tu aku demam panas...terjaga tgh malam n badan panas sgt...sian abg tak tido jaga aku..siap jeram kepala aku ngan air asam jawa lagi..thanx abg..tp mmg dah nak bersalin ni mmg sgt sgt tak larat...tak tahu apa perasaan aku ni..nk kata takut hmmmm....tahlah..tak tahu nk rasa apa...tp aku selalu pk rasa macam nak kembali terus pd Dia...ya lah..aku pernah tgk ada kat fb sorg mmber aku ni..dia posted pasal kawan dia punya isteri meninggal masa bersalinkan baby first...Allahuakbar!!!bukan senang nak dapat syahid tu...kadang kadang terpk nk sgt syahid masa bersalin tp sian gak kat baby bila ummi takder..tp tu lah..ajal maut smua rahsia Dia...Dia lg mengetahui yg terbaik utk kita n macam mana perjalanan hidup ni...tp kalo lah ditakdirkan aku pergi masa bersalin nanti apa yg aku takut of courselah ngan smua amal yg tak cukup..ngan smua dosa yg aku pikul...semua tu wat aku takut utk 'pergi'..yup  of course dosa ngan tuhan tu yg pasti ada tp Allah Maha Pengampun n Maha  Penyayang...tp macam mana dengan dosa sesama manusia..tiap kali aku pk pasal kematian tiap kali tu gak aku pk macam mana nak minta maaf ngan smua org yg aku dah wat dia org terasa  hati atau marah ngan aku..cuma aku berdoa yg dia org semua tak simpan dendam ngan aku n maafkan semua kesalahan aku so that senanglah aku nak pergi nanti..rasa kadang kadang nak jer pampangkan iklan n  tulis 'sy ingin minta maaf atas semua kesalahan yg saya buat n sy sgt sgt berdoa agar awak semua ikhlas maafkan sy...'huhuhu..dramatik jap..tp btul..bila buat salah ngan manusia ni mmg susah...huhuhu...apapun aku berdoa dipermudahkan urusan aku masa bersalin nnti n dapat baby yg solehah :) amin...

Saturday, January 26, 2013

ummi

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).- SURAH LUQMAN: 14
 
   
Alhamdulillah...skrg dah masuk 36++ minggu dah..skrg menunggu hari jer baby nak menjenguk dunia ni...hehehe...ok..kali ni honest mmg letih bila dah mula masuk 36++ weeks ni..b4 this aku mmg tak letih...org tgk pn macam tak caya aku mengandung..ya lah ngan perut kecik nya..bila aku pakai baju kurung pn bila masuk 8 bulan pn perut still tak nampak gak..bila berjalan tak payah nak cakap lah...berjalan macam berlari..naik turun tangga berlari smpai bila org tegur baru wat aku teringat  'oh, a'aah aku mengandung..hehehe..lupa plak yg aku mengandung..hehehe" so smua tu xnmpk yg aku ni  tgh mengandung..tapi masuk jer 36 mggu ni aku mmg letih...janji Allah tu pasti..tgk lah ayat yg kat atas tu..kan ada tulis "ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya)" so keletihan tu mmg terasa especially bila aku still driving berulang balik dr sg.buloh ke pj...Alhamdulillah baby baik..kalo setakat menendang n perut keras tu biasalah..tp yg lain Alhamdulillah takder masalah lain..xsabar ummi nk tggu baby kluar...apa pun ummi nak sgt baby jd anak yg baik yg membesar dlm acuan agama..syg Allah, syg nabi, syg abi n syg ummi..doa ummi selalu utk syg...
 

Tuesday, December 4, 2012

pahala terakhir seorang isteri



hehehehe...yea yea sok abg balik..hmmm..berapa hari yer aku xjmpa abg..hmmm kalo kira dari hari isnin sampai rabu  maksudnya 10 hari...first time  pas aku kahwin ni aku rasa 10 hari ni lambat giler..ya lah selalunya seminggu tu cepat jer masa berlalu...kalo biasanya dari hari isnin pejam celik, pejam celik tgk2x dah sampai hari isnin berikutnya..tapi kali ni tak pun macam tu...10 hari tu rasa lambat nya!hehehe..tue lah baru tau rasa camner kalo husband pi out station ker apa..ni baru kena tinggal 10 hari dah rasa lama..sian aku tgk member member yg duduk separate ngan husband dia org...sbbnya masing masing kena posting tmpt jauh ngan pasangan masing-masing..yup..aku admit mmg lah rasa sgt free bila duduk ngan mak ni..dah tak payah masak..bangun pg before nk pi keje mak dah buat breakfast, tak yah lg sidai baju, kemas umah n etc tp bg aku itu semua tak wat aku rasa seronok sbb abg takder pn...aku sanggup lg penat kemas umah, bgn awal sbb nk wat air b4 abg pi keje, masak nasi b4 pi keje sbb abg balik mkn tghari kat umah, balik keje plak wat air utk minum ptg n mlm plak nak kena sediakan makan malam...tu xcampur lagi ngan sidai baju, lipat kain baju, basuh bilik air ker atau benda benda lain yg kena wat lah kalo duk umah sendiri...tp alhamdulillah aku suka wat tu semua bila ada abg ngan aku..penat mmg penat tapi tak rasa pun especially bila abg tolong wat semua tu ngan aku..dia lah masuk dapur tolong tumbuk bawang guna lesung batu..kadang kadang nk tergelak bila tgk bawang ngan ikan bilis tu mmg hancur lumat bila abg tumbuk..kalo kita setakat sikit sikit... ini tak, abg tumbuk mmg hancur lumat lah..hahahaha..pastu kdg2x abg tolong potong sayur, basuh ikan, n kdg2x nasi pn sometimes abg yg masak...ada byk lg yg abg wat yg semua tu wat aku rasa bersyukur sgt n rasa happy teramat sgt..(itu blum lg cerita part keromantikan dia..huhu..xleh nk share betapa romantiknya abg..segan..tp rasanya alhamdulillah setakat ni apa yg Rasulullah ajar cara suami layan isteri abg wat..huhuhu)..apa jer lg yg aku nak..smuanya sgt sweet bila ada abg ngan aku...tp itulah aku ni kan isteri yg bekerja..aku buat setakat mana yg aku mampu..mmg penat bila balik kerja..tp macam yg aku tulis td tipu lah kalo kata tak penat tp Alhamdulillah abg faham..ok lah..tulis ni semua pn bukannya apa tp sebab td ada terbaca pasal satu cerita ni..pasal kehidupan isteri yg bekerja yg dpt husband yg sgt2x baik but kesudahannya....huhuhuhu kena baca sendiri...apa pun doakan yg terbaik untuk abang..amin...  http://alhelmi.tripod.com/tip/terbaru/berakhirseorangsuami.htm
 p/s : ada gak aku tanya abg...."abg macam mana kalo syg tak sempat minta maaf kat abg..mana lah tau ada apa2x jd kat syg masa syg otw nk pi keje ker n syg tak sempat mintak maaf, so kiranya abg maafkan tak syg?hmmm...jwpn abg a little bit wat aku lega..."In Sha Allah abg maafkan semua apa yg syg buat..kan sebelum kita tido kita kena maafkan semua org yg wat salah ngan kita..." huhuhu...ok..dah bleh tarik nafas lega kat situ..tp aku ni jenis tak puas hati..nak jugak dengar perkataan 'dah dimaafkan'...huhuhu..sbb tu kalo aku ada wat salah malam sebelum tu  b4 aku nak mula driving esok pgnya aku akan msj abg mintak maaf sbb wat dia terasa atau kecik hati malam td..thanx abg..syg abg!!!

Friday, November 30, 2012

4D ultrasound scan :)

sian ummi rindu kat abi..ya lah abi balik kg dekat dua minggu..tinggal ummi kat umah nekma kat sini...nasib baik anak ummi ni ada teman ummi kat sini..huhuhu..rindu pd abi hanya tuhan jer yg tahu...huhu..k lah crita pasal rindu ni...yg ummi nak tulis pasal anak yg ummi syg ni...alhamdulillah hari tu ummi pi check condition baby alhamdulillah semuanya ok...baby sgt aktif..ummi hari tu sebenarnya tak tahu nak buat scan kat ner..yalah kalo boleh nak cari yg 4D ultrasound scan sbb nk sgt tau keadaan baby..nk tau baby ok tak kat dalam tu?pastu ummi try lah cari info pasal 4D ultrasound ni..alhamdulillah ada kat PJ..nama klinik : KLINIK MEDI PERDANA...hmmm..alamat kat jalan 222 51/A PJ...mmg ummi kena cari gak klinik ni sbb ummi dpt tau yg akan wat scan tu doc pompuan..tu yg ummi nak..(doc ppuan + islam....) huhuh..ok ok..tp ummi ni fail bab jalan..so disebabkan baby punya pasal ummi tawakal jer pi cari sorg2x klinik tu (abi  kat kg..(-_-'))....... alhamdulillah jmpa pun klinik tu!!!!loooorhhhhhh...dekat jer ker ngan umah..padan muka...asyik dok terperap kat umah..area jalan sekitar pj pun tak tau..tp alhamdulillah lah senang ummi jmpa klinik ni...Terima kasih Ya Allah <3 ok, bila sampai kat klinik doktor tak smpi lagi..tapi selesa lah klinik tu..bersih, kemas n xramai patient..yg tggu turn hanya ummi n 3 yg lain..hehehe...suka suka...so bila smpai turn ummi, ummi masuk n tgk doc ppuan tu muda lg..tp dia sgt baik...ummi selesa ngan dia...byk yg dia bg nasihat n pandangan dia kt ummi..pastu cerita pasal umah tangga..hehehe..seronok lah borak ngan dia sambil dia scan baby...mula mula wat normal scan..scan biasa yg gmbar hitam putih tu jer..tp bila nak wat 4D scan time tu yg payah sikit....baby sgt sgt aktif...pastu malu sgt nak tunjuk muka...xcukup ngan tangan, dua dua kaki pn naik sekali tutup muka...hehehe..baby tolonglah..ummi nak tgkp gambar nak tunjuk kat abi...hmmmmm....lama gaklah nak pujuk baby utk alih kan tangan...baby xnak gak alih tangan pastu bila alih sikit, baby gerak gerak tak duduk diam..aktif sgt smpai doc pn xleh nak ambil gambar...huhuhu..last last dapat tgk sikit jer..dpt tgk hidung baby yg macam ummi nyer..kalo ikut ummi punya idung, mksudnya taklah mancung cam abi...hehehe...yg penting alhamdulillah ada hidung n sempurna...so far semuanya alhamdulillah ok..xsabar nak tggu baby keluar...syg baby ummi!!!!!! 
 ini normal scan....gambar hitam putih jer tp still bleh tau condition baby macam mana :)
yeaaaaahhhh....ni yg 4D ultrasound scan...baby tutup muka dia ngan tangan..malu lah tue...hehehehe...
hehehehe...nampak telinga baby :)
hahahaha...baru ummi nampak muka baby..yg jelasnya ummi nampak hidung baby..hehehehe <3

Thursday, September 27, 2012

my life

                                                      'kami'..................

alhamdulillah..itu yg mampu aku cakap kalo org tanya pasal kehidupan aku lepas dah kahwin..alhamdulillah sgt sgt...semuanya tenang lepas dah kahwin...kurang ker kerja kat opis lepas aku kahwin???hmmmm..tahlah...tak jugak..ada gak kerja tapi aku tak serabut macam before aku kahwin...even kalo ada masalah kerja pun aku tak stress sgt..tp yup migrain aku tetap ada even pas kahwin..ada masa teruk sgt smpai tak bleh bukak mata...waktu tu lah aku dapat rasa lagi bertambah tambah syg abang kat aku..masa tu dia akan picit n urut kepala aku..dia yg masak, dia yg basuh pinggan mangkuk, dia yg kemas semuanya...semua dia buat bila aku tak larat bangun...hmmm..apa lagi yg aku nak???sbb tu aku bersyukur sgt2x lepas dah kawin n jumpa my beloved husband aku ni....alhamdulillah amalan dia kuat, mmg aku admit aku pn kalah, so apa lg aku nak?semua dia bg kat aku...lagi lah masa aku mengandung ni since dia tau aku suka makan mangga dia selalu beli mangga....balik kerja jer tgk mangga dah ada atas meja..hehehe..ckp jer apa aku nak makan..semua dia beli...thanx abg...kali ni sebenarnya aku nak post pasal baby aku tapi hmmm aku byk kerja plak..nak menulis pasal baby nak kena amik masa sikit sbb nak tulis ngan hepi pasal baby..sebenarnya excited ni nak tulis tp hold dulu lah..kerja ada..kena habiskan kerja dulu..tggu yer syg nanti ummi tulis pasal syg..hehehe...apapun ALHAMDULILLAH n terima kasih byk byk byk yg tak terhingga pada mu Ya Allah atas semua nikmat yg Kau bg...
15.09.2012- pi 'honeymoon' kat kuala terengganu..honeymoon ngan baby sekali..hehehe..
apalah abg ni..syg nak tgkp gambar abg tak ready plak...huhuhu...

dah ready tp wat mulut plak..hehehehe..takperlah..asal abg tetap comel.. :-D
buah mangga yg abg selalu belikan tuk syg..hehehe..thanx abg ..



Wednesday, August 29, 2012

Kelantan.....Jam oh Jam

hmmm...kalo bukak fb aku tgk smua org ada gmbar ngan husband dia org...huhu...aku????hmmmm...tak sempat pn nak bergambar ngan 'abg'...sabar je lah..ya lah..sibuk memanjang raya hari tu..first raya kat rumah mak mertua kat kedah..sibuk jer..tak duk senyap pn..ada jer kerja nak wat..huhuhu...dah la takder saper nk mintak tlg tangkap kan gambar..nak ambil sendiri cam payah lah plak...takperlah nanti aku tgkp gambar gak walaupun bukan first day raya...hehehe...nak gak ada kenangan ngan abg waktu beraya tahun ni..hehehe...tapi masa pi kelantan tu ada gak  aku curi2x tgkp gmbr abg..hehehe..penat kot tgk dia drive kreta dari kedah pi kelantan...bayangkan kul 9.30 pg kita org bertolak dr kedah n sampai kat kelantan kul 8.00 malam..tu pn smpai kat pasir puteh..sian abg..penat sgt...pi kelantan sbb nak tgk 'tok ayah' tok guru abg yg dia pernah mengajar kat  pondok tu.hmmm....ada kot 1 jam kita org ziarah tok ayah pastu balik...penat nya..lg penat abg...sian abg...ok lah...nanti aku letak gak gmbar aku ngan suami..at least ada gak kenangan..k lah...ni jer gmbar yg aku sempat tgkp aritu..hehehe..apapun SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :)

 
....muka keletihan bila sangkut dalam jam '11 jam' dr kedah ke kelantan......