Thursday, April 11, 2013

ummi...ummi...ummi...

BHGN 1
hmmm...akhirnya habis masa pantang aku...smua org cakap msti aku happy 'bebas' dr tempoh pantang ni..yup of course la aku happy sgt..tapi sbnrnya aku takut..takut bila habis pantang ni so mula lah alam baru aku sbg perempuan yg bergelar 'mak' yg bekerja...normal lah..smua org perempuan skrg dia org bekerja n ada anak..bukan sorg tapi ada yg ramai anak tapi mampu jer bekerja n dlm masa yg sama menguruskan anak dia org...aku sendiri tak tahu aku mampu atau tak jadi macam dia org..nak mengharung jalan jam dr Sg.Buloh ke Pj utk dtg kerja sambil bawak hana..huhu..Ya allah kuatkan hati ku n tabah kan lah diri aku utk buat ni semua...mgkn mula mula ni aku lebih takut..tapi bila dah lama insyaAllah aku dah biasa...

BHGN 2
Bila dah habis  pantang ni maksudnya aku pn kenalah 'berpisah' dgn mak....dah tak duduk dgn mak lagi..mak dah tak tgk lagi aku..dah tak jaga aku lagi..rutin aku mesti dah berubah..smua nya kena urus sendiri.. aku sebenarnya nak bercerita BESARNYA pengorbanan seorg mak...semua aku rasa bila aku sendiri dah bergelar mak ni...terasa sgt lg syg kat mak..huhuhu...bayangkan dalam tempoh aku berpantang ni..semua mak yg uruskan..mula dari aku celik mata..mak dah bakarkan aku tungku..mak dah masakkan air daun akar kayu utk aku mandi..kemudian mak angkt air tu bwk masuk bilik air n make sure airnya cukup panas utk aku mandi..pastu mak buatkan aku air utk minum pg..mak sibuk masak kan lauk aku yg mmg berbeza ngan lauk yg lain..ya lah dlm pantang makanan semua kena jaga..tu tak cerita lg mak mandikan hana lg..petang mak bakar lg tungku utk aku n pastikan aku minum ptg..smua mak jaga aku..SEMUA yg mak buat utk aku ni DALAM MASA YG SAMA mak kena buat benda lain..mak kena masak utk yg lain..kena kemas umah..kena sidai kain baju..basuh pinggan mangkuk..bila Aqil n Zahira dtg mak kena jaga dia org jugak..KESIAN aku tgk mak..smua mak buat..kdg2x rasa tak nak hantar hana kat mak..sbb sian kat mak..mak kena jaga hana nanti..aku sendiri pn dah check kat internet cari tempat yg baik yg boleh dipercayai  utk hantar hana bila aku dah mula kerja ni..tapi bila pikirkan kesian gak hana yg umur 2 bulan dah kena jaga ngan org yg aku tak kenal..so alternatif lain aku pikir aku nak cari org kat area sg.buloh yg boleh teman aku n hana dlm kereta dr sg.buloh ke pj.dlm kreta at least ada org bleh pegang hana n bila smpai Pj dia boleh tlg mak kemas umah n jaga hana gak..jaga hana tp at least mak ada nk tgk kan sekali...

BGHN 3
Nak cerita  lagi besarnya kasih seorg mak ni..ada dalam 1 minggu tu hana menangis malam..tgh malam hana akan terjaga n berjaga 4 jam..hana akan menangis kuat smpi kejat..smpai tak keluar suara dah..mmg aku takut..takut tgk hana macam tu..ada masa geram sbb rasa serabut otak..tapi aku kena kuat..tak boleh biarkan rasa tu kuasai diri nnti aku takut angin meroyan..so kuatkan diri ni..bila hana nangis kuatkan hati tp ALHAMDULILLAH mak selalu ada dgn aku..mak yg dah tido tgh mlm akan berjaga jugak..mak yg dtg tidokan hana..mak yg akan pujuk hana n suruh aku tido..mak tak nak aku risau..mak yg akan jaga n tidokan hana...Ya Allah...bayang kan masa aku kecik mak berjaga mlm utk pastikan aku tido..skrg bila aku sendiri dah ada anak mak sekali lagi berjaga utk pastikan aku cukup tido utk aku jaga anak aku..mak tak pernah berhenti menjaga anak nya...BESARNYA kasih syg mak tu..


ITU ANTARA SEBAB KENAPA KITA PERLU MENYAYANGI IBU KITA LEBIH DR YG LAIN...
Maksudnya: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”Baginda menjawab: “Ayah kamu”.  — Hadis sahih Riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim ; lafaz Bukhari hadis no 5971]

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA
 

Adalah dikisahkan… pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia.
* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa… Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.


cerita kat atas ni  buat aku sebak n bg aku motivasi gak...
tapi ada gak artikel lain yg aku suka baca yg menunjukkan kekuatan seorg perempuan n ni buat aku terbayangka mak..huhuhu...


WANITA

Ketika Allah menciptakan wanita,
Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti dibersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh digerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...
Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...
Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...
Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya.

Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...
Mampu tertawa saat hatinya menangis...
Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...
Dia boleh melawan ketidakadilan...
Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...
Hatinya terluka saat melihat kesedihan...
Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...
"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal...Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"
 
 


No comments:

Post a Comment