Thursday, February 9, 2012

CORPORATE LAW



25  JANUARI , 2012
Ya Allah...Alhamdulillah..itu yg mampu aku ucapkan walaupun rasa sedih sgt after keluar dari kamar Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi KL NCC 3..mmg aku admit aku salah, sebab tak study thoroughly befor aku appear depan Yang Arif..tapi bagi aku semua tu ada hikmah dia..dengan permohonan yang tak lengkap, dengan akta syarikat yang terlupa nak bawak, dengan persediaan yang kurang semua tu wat aku nampak bodoh depan Yang Arif..bila semua soalan Yang Arif tak dapat aku jawab last last aku bersuara “Maaf Yang Arif, this is the first time saya buat Corporate Law..saya tak tau…aku pandang Yang arif. Dia hanya tersenyum…“takpe..saya faham..lepas ni kamu balik, teliti section 64 (1).kamu nak mohon di bawah limb yang mana. 64 (1) (a) ke, (b) ke atau (c)..kamu balik kamu kaji seksyen ni..tanya client kamu samada terdapat pemiutang dalam syarikat,macam mana dengan hutang syarikat dan nyatakan jika kamu sudah penuhi semua perkara yang ada dalam peruntukkan itu.kemudian kamu nyatakan dalam afidavit sokongan kamu…saya tetapkan tarikh lain..kamu datang dan buat ringkasan permohonan kamu..2 muka surat pun cukup..aku hanya menyalin setiap butir patah perkataan yang arif..aku hanya mengangguk tanda faham dengan arahan Yang Arif.. “2 minggu cukup utk kamu buat permohonan baru?” soal Yang Arif..aku menjawab dengan yakin..cukup Yang Arif..“kembali lagi pada 13 Febuari ni..arah Yang Arif..Baik Yang Arif”..seperti biasa ucapan penamat before keluar kamar… “terima kasih Yang Arif...”..dan aku menambah sikit lagi ucapan aku .. “terima kasih atas tunjuk ajar Yang Arif…” Yang Arif Hakim hanya tersenyum.. “saya faham..balik jangan lupa kaji balik seksyen itu dan 5 tahun lepas ni kamu akan expert…WAHHHHHHH!!!!!terharunya bila Yang Arif cakap camtu…bagi aku ayat tu mmg sangat bg aku semangat…tak langsung rasa down walaupun aku banyak tak dapat jawab apa yg dia tanya..Rasanya hari ni cukup bertuah dan Alhamdulillah..Thanx Ya Allah..terima kasih….